WELCOME TO Faith Community Baptist Church
> Media Center
 

Selasa Feb 24, 2004

NKF perlu RM100,000 rawat 700 pesakit buah pinggang
- Harian Metro

KUALA LUMPUR: Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), memerlukan lebih RM100,000 bagi membiayai rawatan dialisis lebih 700 pesakit yang menderita kerosakan buah pinggang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, SC Goh, berkata perbelajaan itu diperlukan bagi membeli mesin dialisis dan mengurangkan beban golongan miskin yang menghadapi masalah buah pinggang.

Menurutnya, sumbangan orang ramai secara tidak langsung boleh menyelamatkan nyawa pesakit.

"Kami mempunyai impian tinggi membantu pesakit dengan memberi rawatan terbaik," katanya.

Goh berkata, pesakit buah pinggang memerlukan kos perubatan tinggi bagi setiap rawatan, terutama di klinik and hospital swasta.

"Mereka memerlukan antara RM150 dan RM280 bagi membiayai setiap rawatan dan bagi penduduk miskin, kadar itu adalah tinggi," katanya.

Di NKF, pesakit hanya dikenakan bayaran RM60 untuk setiap rawatan dan sehingga kini, mempunyai 17 pusat dialisis.

Goh berkata, NKF kini mempunyai 236 mesin dialisis, bagaimanapun sebahagian daripadanya sudah agak uzur.

Justeru, ia mendorong NKF mengadakan program kutipan derma untuk membantu mendapatkan sumbangan orang ramai.

Untuk tujuan itu NKF mendapatkan khidmat ahli silap mata terkenal dari Singapura, Lawrence Khong dan anak perempuannya, Priscilla bagi mengadakan pertunjukkan sambil mengutip derma.

Program kutipan derma bertemakan Magic Of Love akan bermula pada 12 Mac hingga 25 April ini di Genting Highlands, Melaka dan Pulau Pinang.

 
> Back To Top